CUBALAH LUANGKAN MASA KE SINI

Friday 25 February 2011

Renung dan fikirkan


Anda pernah buat kesilapan ini?
Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?
Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar...
Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain juga membuat perkara yang sama...
termasuk Hanna! :-)

Dalam buku bestseller Robert Koyasaki yang berjudul "Rich Dad Poor Dad", menceritakan satu hari seorang broker kereta menelefon dan berkata yang kereta idaman beliau, Porsche edisiterbaru baru sahaja tiba dan mengajak beliau melihatnya.

Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli kereta Porsche ini secara hutang. Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya, beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi tetap mahu berhutang! Macam mana tu... ok, biar Hanna terangkan.
Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau membeli kereta ini secara percuma?

Konsep jutawan yang ingin Hanna kongsi dan jelaskan disini ialah jika anda mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.

Ingat duit yang masuk kekocek anda ialah aset, dan duit yang keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik mengapa anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca sebenarnya. Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun tak promote, boss anda kedekut, isteri anda habiskan duit anda atau apa juga alasannya.

Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah mereka menggunakan duit gajisetiap bulan untuk membayar kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak.. semuanya.Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda semakin berkurangan. :-(
Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang bolehmembantu.

Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya ialah internet, gayapos, MLM (meniaga larut malam?), ejen insuran, pasar malam dan banyak lagi yang boleh anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda dan impian hidup anda.

Teman-teman, konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi impaknya akan membuatkan anda melarat seumur hidup atau anda bakal bergelar seorang jutawan satu hari nanti. Buka minda anda dan cuba fahamkan.


Luangkan sedikit masa anda dan lawati ke link dibawah ni (jumpa anda di sana)

No comments:

Post a Comment